Pembantu Rumah Terkejut Bila Tahu Shuib Luahkan Nak Kahwin Lagi!! | Viral Blog | Berita Viral
loading...

Pembantu Rumah Terkejut Bila Tahu Shuib Luahkan Nak Kahwin Lagi!!

Pembantu Rumah Terkejut Bila Tahu Shuib Luahkan Nak Kahwin Lagi!! - Hallo PemirsaViral Blog | Berita Viral, Pada Artikel yang kalian baca kali ini dengan judul Pembantu Rumah Terkejut Bila Tahu Shuib Luahkan Nak Kahwin Lagi!!, kita sudah siapkan artikel ini dan itu dengan baik untuk kalian baca dan ambil informasi didalamnya ya. mudah-mudahan isi postingan yang kita tulis ini dapat kalian mengerti ya,selamat membaca.

Judul : Pembantu Rumah Terkejut Bila Tahu Shuib Luahkan Nak Kahwin Lagi!!
link : Pembantu Rumah Terkejut Bila Tahu Shuib Luahkan Nak Kahwin Lagi!!

Baca juga


Pembantu Rumah Terkejut Bila Tahu Shuib Luahkan Nak Kahwin Lagi!!

loading...



Pembantu rumah Shuib Sepahtu terkejut apabila pelawak tersebut menyatakan hasrat untuk berkahwin buat kali kedua.

 Perkara tersebut diakui Shuib ketika ditemui pada sidang media sempena ulangtahun ke-enam perkahwinan mereka bertempat di Bora Ombak, Putrajaya pada petang Selasa.

 “Ketika saya beritahu kepada pembantu rumah yang saya nak kahwin lagi, reaksi dia sangat kelakar.

Memang dia terkejut tapi lepas tahu dia ucapkan tahniah.

 “Begitu juga dengan Datuk Rosyam Nor. Reaksi dia sangat lucu ketika saya hubunginya untuk jemput dia hadir ke majlis perkahwinan kami.

 “Dia terkejut sampai saya kena marah, selepas saya jelaskan perkara sebenar barulah dia okay,” katanya ketawa.

 Dalam pada itu, mengulas mengenai perkahwinan tersebut, Shuib memberitahu majlis itu merupakan hadiah istimewa buat isterinya, penyanyi Siti Sarah untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka pada tahun ini.

 “Enam tahun lepas majlis kahwin kami hanyalah biasa-biasa sahaja. Waktu itu saya tidak cukup wang dan hanya mampu melakukan majlis akad nikah saja.

 “Isteri saya tidak dapat merasa bagaimana perasaan untuk bersanding seperti wanita lain di luar sana.

Jadi tahun keenam ini sedikit istimewa dan saya juga sudah mampu untuk mengadakan majlis persandingan.

 “Jadi saya ambil keputusan untuk lakukan majlis ini sebagai tanda penghargaan kepada isteri saya yang sentiasa menerima saya seadaanya.

 “Tidak kira waktu saya susah atau pun senang, dia sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepada saya.

 "Tak kiralah orang nak kata dah lambat ke, dah ada anak tiga ke, saya tak kisah. Bagi saya inilah masanya untuk tunjukkan betapa sayangnya saya kepada Sarah,” ujarnya.

 Majlis persandingan Shuib dan Sarah akan berlangsung pada 26 Februari ini bertempat di Bora Ombak, Putrajaya.[Astro Gempak]


Begitu deh artikelnya Pembantu Rumah Terkejut Bila Tahu Shuib Luahkan Nak Kahwin Lagi!!

sudah kamu baca sampai selesai. Pembantu Rumah Terkejut Bila Tahu Shuib Luahkan Nak Kahwin Lagi!!Nah kali ini, moga aja bisa ngasih manfaat untuk kalian semua ya. so, sampai jumpa di postingan artikel berikutnya.

Kamu sekarang membaca artikel Pembantu Rumah Terkejut Bila Tahu Shuib Luahkan Nak Kahwin Lagi!! dengan alamat link https://goesviralblog.blogspot.com/2017/03/pembantu-rumah-terkejut-bila-tahu-shuib.html
loading...

0 Response to "Pembantu Rumah Terkejut Bila Tahu Shuib Luahkan Nak Kahwin Lagi!!"

Post a Comment

loading...

Viral Terupdate