Judul : Pertemuan penuh hiba tambah membawa duka apabila anak pulang dengan berbadan dua. Ada janin hidup di dalam rahimnya. 27 minggu.
link : Pertemuan penuh hiba tambah membawa duka apabila anak pulang dengan berbadan dua. Ada janin hidup di dalam rahimnya. 27 minggu.
Pertemuan penuh hiba tambah membawa duka apabila anak pulang dengan berbadan dua. Ada janin hidup di dalam rahimnya. 27 minggu.
loading...
8 Bulan Menghilang
18/03/17,Sabtu
Hari ini daftar masuk lagi penghuni baru Baitus Solehah. Selang sehari memang akan ada yang daftar masuk dan yang daftar keluar selepas melahirkan anak.
Penghuni baru ini masih remaja lepasan SPM. Belum kenal sepak terajang dunia yang penuh pancaroba.
Setelah 8 bulan menghilangkan diri dari kolej penggajian, emak bapa telah membuat laporan polis. Bila disoal siasat, kes diklasifikasi sebagai lari mengikut teman lelaki.
Emak bapa tidak dapat mengesan di mana anak berada. Hanya doa dilafaz saban malam mengharapkan anak pulang juga suatu hari nanti.
Selepas aidil fitri tahun lepas , pergi menemui teman lelaki yang dikenali melalui laman sosial. Sejak itu tidak lagi pulang ke asrama.
Minggu lepas, tiba tiba emak telah dihubungi oleh sepasang suami isteri mahu berjumpa. Datang jauh dari negeri pantai timur menuju ke selatan. Terkejut emak apabila anak perempuan yang hilang 8 bulan lepas ada bersama sama.
Pertemuan penuh hiba tambah membawa duka apabila anak pulang dengan berbadan dua. Ada janin hidup di dalam rahimnya. 27 minggu.
Emak hilang kata - kata , namun seburuk buruk akhlak anak tetap diterima juga. Emak mana yang tidak sayang anak. Emak mana yang sanggup buang anak walaupun anak itu telah mencemar maruah diri sendiri.
Yang menjadi kehairanan pada saya, bagaimana anak ini tidak rindu kepada emak dan bapa selama 8 bulan itu. Langsung tidak sekali pun bertanya khabar emak bapa. Telefon ada, whatsapp ada.
Kalau kita, anak masuk asrama, kalau boleh anak tu nak telefon kita setiap hari, kalau ikut kehendak anak, mahu kita datang setiap minggu melawat dia. Tapi anak ini, walau tak ada komitmen apa apa, tidak bekerja, tidak belajar cuma duduk menumpang rumah kawan sanggup tidak memberikan khabar berita kepada emak.
Makan minum disara oleh teman lelaki. Dia lupa segalanya. Pernah untuk menghubungi keluarga tetapi bayang ketakutan , kemarahan bapa mengendurkan rasa rindu pada emak.
Bila saya bertanya, " kenapa kamu tergamak buat begitu pada emak bapa?"
Dia cuma diam tanpa kata. Payah untuk membaca air wajahnya. Sekiranya dia terbelenggu , moga amalan zikir di sini dapat membuka segala rahsia.
Emak bapa, jadikan anak sebagai kawan apabila mereka meningkat remaja. Jangan sampai anak rasa takut melebehi rasa untuk bermesra.
Saya sendiri tidak berani menuding apa apa kenapa anak sanggup bertindak begitu. Saya cuma mahu menyelamatkan dua jiwa.
Admin,
Muna liza binti Ismail
Begitu deh artikelnya Pertemuan penuh hiba tambah membawa duka apabila anak pulang dengan berbadan dua. Ada janin hidup di dalam rahimnya. 27 minggu.
sudah kamu baca sampai selesai. Pertemuan penuh hiba tambah membawa duka apabila anak pulang dengan berbadan dua. Ada janin hidup di dalam rahimnya. 27 minggu.Nah kali ini, moga aja bisa ngasih manfaat untuk kalian semua ya. so, sampai jumpa di postingan artikel berikutnya.
Kamu sekarang membaca artikel Pertemuan penuh hiba tambah membawa duka apabila anak pulang dengan berbadan dua. Ada janin hidup di dalam rahimnya. 27 minggu. dengan alamat link https://goesviralblog.blogspot.com/2017/03/pertemuan-penuh-hiba-tambah-membawa.html
loading...
0 Response to "Pertemuan penuh hiba tambah membawa duka apabila anak pulang dengan berbadan dua. Ada janin hidup di dalam rahimnya. 27 minggu."
Post a Comment