Judul : NGERI (KANIBAL)!!!DUNIA GEMPAR SUATU KETIKA DAHULU KERANA MEREKA
link : NGERI (KANIBAL)!!!DUNIA GEMPAR SUATU KETIKA DAHULU KERANA MEREKA
NGERI (KANIBAL)!!!DUNIA GEMPAR SUATU KETIKA DAHULU KERANA MEREKA
loading...
Tidak ada yang lagi menjijikkkan selain manusia menyeksa,membunuh dan MEMAKAN manusia lain.Pada suatu ketika dahulu terdapat kumpulan manusia mengamalkan memakan daging manusia di serata dunia.Pada hari ini terdapat satu suku antara beberapa suku yang memakan manusia seperti suku Korowai dan mereka menganggap memakan daging manusia adalah satu amalan adat nenek moyang mereka.Dalam kebanyakan negara kanibalism adalah suatu yang dilarang dan diharamkan,orang yang memakan daging manusia selalunya akan didakwa dengan tuduhan pembunuhan.Pada masa lalu,kanibalism telah diamalkan oleh mereka yang kebuluran tetapi artikel pada kali ini tidak akan membincangkan kes seperti itu namun artikel ini akan membicarakan beberapa figura yang pernah mengejutkan dunia suatu ketika dahulu dengan amalan kanibalism.YUKS!
JOM BACA MENGENAI MEREKA!!
5.YOO YOUNG-CHUL(KOREA SELATAN)
Yoo Young-Chul adalah pembunuh bersiri daripada Korea Selatan dan mengaku bahawa dirinya memakan daging mangsa-mangsanya.Ketika kecil dia pernah dituduh membunuh haiwan-haiwan seperti anjing dan memotong haiwan tersebut kepada beberapa bahagian.Dia adalah anak yang tidak diinginkan yang tinggal dengan ayahnya dalam kemiskinan,seorang veteran perang vietnam.Diantara tahun 2003-2004,dia telah membunuh hampir 21 orang yang kebanyakannya adalah pelacur dan lelaki tua kaya.Dia akan menyerang mangsanya dan membunuh mereka dengan tukul kemudian dia akan memotong mangsa tersebut kepada beberapa bahagian dan membuang kepala mereka di tapak pembinaan.Dia memotong sekurangnya 11 mangsanya dan memakan daging dan hati mangsa.Perbuatan Yoo telah diisytiharkan sebagai pembunuhan bersiri terkejam sekali yang pernah berlaku di Korea Selatan.Apabila disoal mengapa dia melakukan demikian dia menjawab “perempuan jangan berlagak macam pelacur!dan orang kaya seharusnya tahu apa yang mereka telah lakukan!”.Pada 19 June 2005 dia telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Agung Korea Selatan.
4.ALEXANDER SPESIVTEV (RUSSIA)
Pada tahun 1970,Alexander Spesivtev telah dilahirkan di Kemerovo Oblast,Russia.Dia telah dibesarkan dalam suasana penderaan dan ayah yang ganas.Sebagai seorang lelaki dewasa Alexander telah didakwa membunuh teman wanitanya dan dimasukkan ke institusi psikiatri kemudian dilepaskan keluar.Pada tahun 1991,dia telah mula membunuh mangsanya.Dia telah membunuh kanak-kanak yang dirasakannya tidak mampu atau layak hidup dalam masyarakat dan bertanggungjawab membunuh 19 orang kanak-kanak gelandangan.Dia membawa mayat balik kerumahnya,memasak dan memakannya atas pertolongan ibunya,Lyudmila.Selepas beberapa jenayah yang mengerikan Alexander telah digelar “Kanibal Siberia” oleh media Russia.Dia tertangkap pada tahun 1996 apabila seorang tukang paip datang untuk membetulkan paip di apartmennya setelah mendapat laporan paip tersumbat daripada jirannya sendiri.Tukang paip tersebut datang ke rumah Alexander dan mengetuk pintu beberapa kali namun tidak dijawab sesiapa,akhirnya tukang paip itu membuka pintu dengan cara keras dan melihat darah di lantai dan dinding rumah Alexander.Di dapur dn tandas pula terdapat potongan daging manusia dan badan tidak berkepala malah diruang tamu terdapat seorang wanita yang dipotong dan sedang dalam keadaan nazak lalu dikejarkan ke hospital untuk menjadi saksi kes ini namun mangsa tersebut mati selepas 17 jam.Di rumah yang sama polis menemui sebuah diari yang mencatat maklumat pembunuhan 19 anak perempuan.Alexander disahkan gila oleh mahkamah Russia dan dimasukkan ke institusi psikiatri sehingga hari ini,ibunya pulak tidak mengaku terlibat dalam jenayah ini namun dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun.
3.FRITZ HAARMANN (GERMANY)
Pada tahun 1879,Fritz Haarmann dilahirkan di Hanover,Germany.Dia adalah anak lelaki yang pendiam dan jarang bermain dengan rakan sebayanya.Diantara tahun 1918-1924 dia telah melakukan hampir 24 pembunuhan ngeri.Mangsanya terdiri daripada golongn lelaki yang bersendirian,lari daripada rumah dan pelacur lelaki.Dia akan mengumpan lelaki-lelaki ini datang ke apartmentnya dan membunuh mereka dengan mengigit bahagian kerongkong mereka,untuk ini dia telah digelar “puntianak Hanover”.semua mangsanya dicincang,dimakan separuh atau dipotong kepada beberapa bahagian sebelum dibuang ke sungai Leine.Beberapa daging mangsanya dijual dipasaran gelap sebagai daging babi tin.Pada malam 22 june,1924 dia telah diawasi polis setelah polis menjumpai sisa tulang manusia di sungai Leine.Polis memerhatikan dia cuba mengumpan seorang budak lelaki ke apartmentnya dan terus ditahan.Dia mengaku telah membunuh,merogol,memotong dan memakan daging mangsa-mangsanya dan berkata hampir 50-70 orang telah menjadi mangsanya.Dia telah dijatuhkan hukuman mati atas jenayah-jenayahnya itu
2.OTTIS TOOLE (UNITED STATES)
Ottis Toole adalah seorang pembunuh bersiri Amerika,pembakar dan pemakan daging manusia.Dia tertuduh dengan pembunuh bersiri bernama Henry Lee Lucas.Dia dan Lucas dikaitkan dengan kes-kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan selama beberapa dekad.Tidak seperti LUcas,Toole mengaku memakan daging mangsanya dan sejak zaman mudanya dia tertuduh dengan tuduhan mencetuskan kebakaran kerana mendapat rangsangan seks melalui perbuatan itu.Toole dan lucas bertemu pada tahun 1976 di Jacksonville Soup Kitchen dan menjalin hubungan seksual.Toole mengaku telah membantu Lucas dalam 108 pembunuhan.Realitinya mereka berdua telah membantu polis mencari mayat 246 orang yang telah hilang dan mengaku terlibat dalam 430 kes bunuh.Terdapat sebuah buku yang ditulis oleh Mike Diana yang mengandungi temuramah bergambar saat Toole melakukan kanibalism.Di dalam buku itu Toole memberitahu secara terperinci cara memasak dan memakan daging manusia dengan barbeku sos ciptaannya.Mike Diana turut didakwa kerana dianggap bersubahat.Toole mati di penjara atas kegagalan fungsi hati pada umur 49 tahun.
1.RATU UDRE UDRE (FIJI)
Pada abad ke 19th lepas,rakyat Fiji sangat dikenali diseluruh dunia kerana upacara kanibalism.Udre Udre adalah seorang rakyat biasa Fiji,dan memegang rekod dunia Guinness sebagai “kanibal paling aktif”.Dia dilaporkan telah memakan hampir 872 sehingga 999 daging manusia.Sebagai tanda, dia meletak sebiji batu untuk setiap mayat yang dimakannya yang terletak di sisi kuburnya di Rakiraki di Utara Viti Levu .Menurut anaknya,ketua Rakiraki akan ke medan perang dengan Udre dan akan memberi Udre mayat mangsa terutamanya bahagian kepala.Udre menyimpan dan mengawet badan mayat dan memakan mereka.Dipercayai sekiranya dia memakan badan ke 1000 dia akan hidup kekal selamanya
Agak-agak korang pernah tak makan daging manusia?tepuk dada mengumpat la selalu hewhewhewhewhew
-cookingdoctor-
Begitu deh artikelnya NGERI (KANIBAL)!!!DUNIA GEMPAR SUATU KETIKA DAHULU KERANA MEREKA
sudah kamu baca sampai selesai. NGERI (KANIBAL)!!!DUNIA GEMPAR SUATU KETIKA DAHULU KERANA MEREKANah kali ini, moga aja bisa ngasih manfaat untuk kalian semua ya. so, sampai jumpa di postingan artikel berikutnya.
Kamu sekarang membaca artikel NGERI (KANIBAL)!!!DUNIA GEMPAR SUATU KETIKA DAHULU KERANA MEREKA dengan alamat link https://goesviralblog.blogspot.com/2017/05/ngeri-kanibaldunia-gempar-suatu-ketika.html
loading...
0 Response to "NGERI (KANIBAL)!!!DUNIA GEMPAR SUATU KETIKA DAHULU KERANA MEREKA"
Post a Comment