Judul : Realiti Di Sebalik Pembikinan Filem The Exorcism of Emily Rose
link : Realiti Di Sebalik Pembikinan Filem The Exorcism of Emily Rose
Realiti Di Sebalik Pembikinan Filem The Exorcism of Emily Rose
loading...
Bagi para penggemar filem seram hollywood, filem The Exorcism of Emily Rose adalah suatu tidak asing serta merupakan sebuah filem yang menarik perhatian dunia berkenaan upacara menghalau hantu “exorcism”. Filem ini juga meninggalkan pelbagai persoalan kepada penonton sama ada kejadian dirasuk makhluk halus adalah “real” atau pun suatu fenomena yang boleh dijelaskan melalui kaedah saintifik.
Filem The Exorcism of Emily Rose adalah sebuah filem yang diinspirasikan daripada kisah sebenar mengenai seorang gadis bernama Anneliese Michel yang berasal dari Leiblfing, Jerman. Anneliese dilahirkan pada tahun 1952 dan mula mengalami gangguan paranormal ketika berusia 17 tahun.
Sewaktu di sekolah menengah Anneliese telah mula mengalami gangguan dan doktor di Psychiatric clinic Wurzburg telah mendiagnoskan Anneliese mengalami Grand Mal epilepsi. Semenjak itu, dia juga mula berhalusinasi dan mendengar bisikan suara ghaib. Setelah menerima rawatan perubatan moden untuk beberapa lama, Anneliese tidak menunjukkan sebarang tanda beransur pulih dan ini menyebabkan ibu bapanya beralih kepada rawatan alternatif “Exorcism” yang dijalankan oleh paderi gereja katolik bernama Father Arnold Renz dan Pastor Ernst Alt.
Selama mengalami gangguan paranormal, dikatakan Anneliese melakukan perkara-perkara pelik seperti kencing di atas lantai dan menjilat kencing sendiri, memakan lalat dan lelabah. Selain itu, Anneliese merangkak dibawah meja dan menyalak seperti anjing. Anneliese juga kerap menjerit berjam-jam lamanya dan telah menjadi rutin.
Sepanjang tempoh 10 bulan tahun 1975-1976, Anneliese mendapat rawatan “exorcism” sebanyak 67 kali dimana rawatan dilakukan sekali atau dua kali dalam seminggu dan ritual”Exorcism” juga telah menyebabkan ligamen Anneliese koyak disebabkan setiap rawatan berlangsung selama hampir 4 jam dimana memerlukan dia untuk melutut ataupun dikenali sebagai “Genuflection”.
Anneliese juga memaksa dirinya untuk berpuasa sehingga ke akhir hayatnya kerana percaya ia dapat menjauhkan dirinya daripada gangguan syaitan, Anneliese menghembuskan nafas terakhir pada 1 July 1976 dirumahnya. Pada waktu kematian dilaporkan juga Anneliese mengalamai demam yang tinggi serta Pneumonia.
Hasil laporan bedah siasat, Anneliese mengalami malnutrisi dan dehydrasi yang sangat teruk dimana beratnya sekadar mencecah 30kg pada waktu kematiannya. Berikutan itu, ibu bapa dan dua orang paderi didakwa di mahkamah kerana berlaku cuai sehingga menyebabkan kematian dan dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan.
Dikatakan, Anneliese dirasuk lebih daripada satu makhluk antaranya Lucifer, Judas iscariot, Nero, Cain dan Fleishmann.
Selepas kematiannya, pihak gereja memberi kenyataan bahawa Anneliese mengalami masalah penyakit mental dan bukanlah gangguan ataupun rasukan makhluk jahat dan memberi kebenaran hanya kepada paderi yang bertauliah sahaja untuk menjalankan ritual “Exorcism”. Kes Anneliese telah dinyatakan sebagai salah satu kes misidentified mental disorder.
Begitu deh artikelnya Realiti Di Sebalik Pembikinan Filem The Exorcism of Emily Rose
sudah kamu baca sampai selesai. Realiti Di Sebalik Pembikinan Filem The Exorcism of Emily RoseNah kali ini, moga aja bisa ngasih manfaat untuk kalian semua ya. so, sampai jumpa di postingan artikel berikutnya.
Kamu sekarang membaca artikel Realiti Di Sebalik Pembikinan Filem The Exorcism of Emily Rose dengan alamat link https://goesviralblog.blogspot.com/2017/05/realiti-di-sebalik-pembikinan-filem.html
loading...
0 Response to "Realiti Di Sebalik Pembikinan Filem The Exorcism of Emily Rose"
Post a Comment