Judul : UJIAN BSP KETIKA BULAN PUASA
link : UJIAN BSP KETIKA BULAN PUASA
UJIAN BSP KETIKA BULAN PUASA
loading...
Ibu GDM terpaksa buat ujian BSP masa bulan puasa, dibenarkan tidak berpuasa ye.
Kenapa?
Sebab kalau teruskan puasa pada hari kena buat BSP, nanti bacaannya akan jadi kurang tepat.
Bacaan BSP akan diambil sebanyak 4 kali sehari. Iaitu:
Bacaan pertama pada jam 8 pagi, bacaan ketika puasa. Puasa di sini bermaksud, tidak makan bermula jam 10 malam sebelumnya hingga jam 8 pagi keesokannya. Bacaan yang normal sekitar 4.0 hingga 5.0. Jika ibu berpuasa macam biasa, dan mengambil sahur seperti biasa, dah tentu akan pengaruhi bacaan gula darah. Disebabkan itu, pada hari kena buat ujian BSP, ibu dibenarkan untuk tidak berpuasa.
Bacaan kedua, jam 10 pagi iaitu 2 jam selepas sarapan. Selepas selesai ambil bacaan jam 8 pagi, terus sarapan. Rekodkan waktu akhir selesai sarapan dan bacaan kedua akan diambil 2 jam selepas itu.
Bacaan ketiga, jam 2 petang. Juga 2 jam selepas makan tengah hari. Maka makan tengah hari harus selesai pada jam 12 tengah hari.
Bacaan keempat, pada jam 8 malam. Sama juga 2 jam selepas makan malam. Ini bermakna makan malam ibu harus selesai pada jam 6 petang. Kalau ibu berpuasa dan berbuka, bacaan gula akan jadi tidak tepat kerana bacaan perlu diambil selepas 2 jam selesai makan. Disebabkan itulah, ibu dinasihatkan untuk tidak berpuasa semasa ujian BSP.
Ibu perlu patuhi arahan dan nasihat yang diberi oleh doktor dan nurse. Ibu GDM yang terus berpuasa seperti biasa pada hari ujian BSP boleh memberikan keputusan ujian yang kurang tepat. Apabila bacaan yang diambil kurang tepat, doktor sukar membuat keputusan sama ada ibu perlu kawal diet atau suntikan insulin.
Puasa yang ditinggalkan boleh diganti selepas bulan Ramadhan. Ibu yang berisiko juga dinasihatkan tidak berpuasa jika boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi.
Sumber : rahsiasihat
via Bin Usrah
Begitu deh artikelnya UJIAN BSP KETIKA BULAN PUASA
sudah kamu baca sampai selesai. UJIAN BSP KETIKA BULAN PUASANah kali ini, moga aja bisa ngasih manfaat untuk kalian semua ya. so, sampai jumpa di postingan artikel berikutnya.
Kamu sekarang membaca artikel UJIAN BSP KETIKA BULAN PUASA dengan alamat link https://goesviralblog.blogspot.com/2017/05/ujian-bsp-ketika-bulan-puasa.html
loading...
0 Response to "UJIAN BSP KETIKA BULAN PUASA"
Post a Comment